Wednesday, May 20, 2009

2 bulan penuh bahagia

Saya dan suami di lokasi rahsia...(hehehe)

Assalamualaikum...Apa habaq semua? Lama betul tak menulis dalam blog ni...

Dah ada yang komplen kata selepas kahwin ni senyap jek...takdelah sibuk mana cuma tak berkesempatan nak menulis blog...


Selepas cuti kahwin yang lama tu, banyak kerja kena settle..ni pun curi2 masa..Alhamdulillah, sudah berusia 2 bulan perkahwinan saya dan suami..walaupun masih baru, tapi dah raa cabaran dan dugaan dalam rumahtangga..apatah lagi kami ni PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh)..suami di KL, saya di Pekan..memang tiap2 malam menangis jek...hehehehe


Tapi alhamdulillah, bulan mei ni suami akan pindah ke Pekan, dan bil telefon kami pun taklah banyak lepas ni...Terima kasih pada hubby yang sanggup berkorban...


Sempena cuti sekolah bulan 6 ni, tentu ramai sahabat2 saya nak menamatkan zaman solo...Antaranya Mama Khayati ( Bagan datoh), ustaz Nasir Sulaiman ( kak yang ina bila plak tu?), Zurina ( dapat tahu melalui blog sahabat lain), dan mungkin juga ada sahabat2 lain yang mungkin saya tak tahu...Saya dan suami mendoakan semua berbahagia sehingga ke akhir hayat dan ditakdirkan ke syurga...


Pada sahabat2 yang akan melahirkan, selamat bergelar ummi...dan doakan saya dan suami dapat baby cepat ya...hehehe...


Wednesday, March 25, 2009

terima kasih kepada semua




Hari pernikahan 14/03/09




Salam perkenalan kembali...Alhamdulillah, pada 14/3 yang lalu, saya telah bertukar status sebagai isteri kepada Mohd Khairul Md Nor...setelah setahun bertunang,akhirnya kami disatukan..




Bagi sahabat2 yang hadir dan mendoakan kesejahteraan rumahtangga kami, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan doa kalian...Doakan kami berjaya mengharungi badai dalam rumahtangga ini...


Sunday, February 1, 2009

Jemputan virtual

Assalamualaikum...Saya menjemput semua datang menjengah ke blog jemputan walimah saya secara virtual di : www.mywedding.com/khairulmimi.

Tuesday, January 20, 2009

jemputan walimatulurus

Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan satu 2009,cepat benor masa berlalu ( org Pahang bercakap...hehehehe). Moga dah ada perubahan sedikit demi sedikit dalam diri kita tahun ini,dan termasuklah saya yang akan menjejak kaki dalam fasa yang lain dalam tahun ini.

Memandangkan cuti sekolah bulan 3 ni,mesti dah ramai org tempah utk buat kenduri kahwin..Dan disebabkanitu,saya pun berhasrat dan mengambil peluang menjemput kawan2 dan sahabat2 yang mengenali dan selalu merayau2 dalam blog saya ni ke walimatulurus saya..Bukan apa,bgtau awal sng nak budget kewangan dan jadual perjalanan.

Jemputan seperti berikut :

Mimi & Khairul
15 Mac, 2009 (Ahad)
di No.91, Jalan Permai, Kuala Repas, 28700 Bentong,Pahang


Khairul & Mimi
21 Mac, 2009 ( Sabtu)
di No.13, Depan Sekolah Menengah Seri Nering, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu

Saya menjemput semua sahabat2 hadir ke majlis saya dan doakan moga semua berjalan lancar...

P/S : Kad akan diupload kemudian,tapi sape2 nak kad, blh shout jek kat kotak berbual saya kat sebelah ni...


Thursday, January 8, 2009

Ya ALLAH bantulah kami

Salam Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009. Moga kedatangan tahun baru ini memberikan peluang dan sinar baru untuk kita semua...Ameen...InsyaALLAH, bagi saya sndiri, dalam tahun ini akan berlaku momentum terbesar dlm hidup saya dan saya mengharapkan doa sahabat2 semoga dipermudahkan segala urusan saya...

Namun, di waktu kita menyambut tahun baru ini, sahabat2 kita di Gaza,Palestin menyambutnya dengan cara yang berbeza...Tiada percikan bunga api,tetapi peluru berpandu menjadi penggantinya...Sayu sungguh hati saya apabila melihat wajah2 syuhada` terutama di kalangan anak-anak kecil yang menjadi mangsa kebiadaban Israel...Dalam suratkhabar kita pun,ada jek cerita ttg sikap kebinatangan Israel ini ditunjukkan...

Seharusnya kita melihat apa yg berlaku di Palestin ini sebagai satu petunjuk daripada ALLAH untuk umat Islam berfikir dan bersatu padu dalam menentang musuh Islam ini. Israel begitu biadab menembak saudara2 muslim kita di Palestin kerana mereka tahu kita,umat Islam yang lain tidak berani mengenakan apa2 tindakan kepada mereka. Sedih bila mengenangkan betapa umat Islam yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Islam adalah di kalangan orang "asing" pada masa ini...

Mungkin disebabkan masalah geografi kita yg jauh untuk memberikan tenaga dan membantu saudara Islam di Palestin menyebabkan kita tidak dapat berbuat banyak, namun harus diingat senjata yang terbaik utk Umat Islam adalah "doa"...

Maka, marilah bersama kita berdoa dan solat hajat mendoakan sahabat2 kita di sana dithabatkan hati, dikuatkan semangat menghadapi ujian. Dan kita seharusnya terus memBOIKOT barang2 yang mempunyai link terus dengan Israel Laknatullah ini...Untuk rujukan barang2,blh rujuk laman web PPIM..

Jangan dibiarkan Israel menghina Islam kerana seperti yang kita semua tahu tiada yang lebih tinggi dan mulia melainkan agama Islam itu sendiri...

Salam intifada,sahabatku di Palestin....

Tuesday, December 2, 2008

Hadapilah ujian dengan ketenangan

Setiap kali tiba penghujung tahun ( bulan 11 @ 12), cerita tentang bencana alam seperti banjir sentiasa akan kedengaran.. Dah lumrah alam, musim tengkujuh pada waktu mcm ni..keadaan ini akan lebih dirasai oleh mereka yang berada di Pantai Timur terutamanya...

Moga ujian banjir yang ALLAH datangkan ini boleh dihadapi dengan sabar dan moga kesabaran dibalas dengan pahala yang berlipat ganda...

" Ya ALLAH, janganlah Kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami tanggung dan ujian yang dihadapi oleh orang terdahulu daripada kami. Ampuni kami dan rahmatilah kami, Ya ALLAH"

Wednesday, November 26, 2008

Salam tahniah



Menjelang cuti persekolahan yang bakal menjelma, menderu-deru jemputan walimah sahabat2 tiba di pengetahuan saya...Setiap hari, bila buka e-mail jek ada jemputan baru dari sahabat..Mungkin jika ada kesempatan waktu, saya datang ke kenduri sahabat2 tetapi jika tidak,maafkan saya...

Biasalah sejak duk di Pekan ni, saya mula tahu rasa cemas datangnya banjir..Jadi bila hujan sikit2,saya mula menjenguk ke luar,kot2 banjir plak..Dahlah duk sorang2 kat sini, susah kalau ada masalah apa2..hehehehe..

Sehubungan dengan itu, sahabat2 ku semua, di kesempatan ini saya dengan besar hati mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang akan berkahwin pada hujung tahun ini :

(1) Ilyana Syadwan - bakal bergelar ibu, dah bernikah cuma walimah 30/11/2008

(2) Shahidra & Hafiz Habil - usikan sahabat2 jd kenyataan..

(3) Ummu Aiman & Mior Iskandar - moga diberkati ALLAH selalu

(4) Siti Mariah & Mohd Syahmi - lama menanti kad jemputan, akhirnya tiba juga

(5) Rahmad Sani - senyap2 jek rupanya dah nak bergelar suami

(6) Siti Syahida - lamanya tak jumpa...


Ucapan tahniah juga kepada kakak-kakak yang bakal bergelar ibu : Kak Khadijah, Kak Najibah, Kak Nazihah, Kak Latifah, Kak Mastura...moga dipermudahkan urusan...

P/s : Cuti sekolah bulan 3 tahun depan, sila kosongkan diari ya...hehehehe